|
Bahasa: EN | 中文 | BM |

What are bedsores and how do we prevent it?


Luka baring (Luka Dekubitus) dan Cara-cara untuk Mencegahkannya

 


 
Luka baring (Bedsores) adalah luka terbuka yang diakibatkan oleh penekanan secara terus-menerus pada kulit dan tisu lembut atas permukaan tilam, kerusi roda dan lain lain untuk waktu yang panjang menjejaskan pengaliran darah yang sihat ke bahagian yang disebutkan mengurangkan oksigen dan nutrien. Tanpa kedua dua keperluan ini, sel sel pada jaringan kulit akan mulai rosak dan mati dan mengakibatkan luka terbuka. Orang-orang yang berisiko untuk mengalami luka baring biasa adalah pesakit yang lumpuh disebabkan oleh strok, dalam koma, kecacatan mobility dan saraf dan lain lain.
 
Kecederaan biasa akan muncul pada bahagian tulang badan yang kurang berlemak dan menonjol seperti belakang dan sisi kepala, tepi bahu, pinggul, punggung, dan pergelangan kaki. Gejala gejala awal luka baring mulai dari lebam kemerahan pada kulit, kemudian menjadi bengkak pada sekeliling bahagian yang terjejas, sehingga luka terbuka mendedahkan otot dan tulang.


 

 


 
Cara Mencegah Luka Baring:
  1. Ubahkan posisi badan pesakit yang berbaring setiap 1-2 jam dan pesakit yang menggunakan kerusi roda setiap 20-30 minit.
  2. Gunakan alat bantuan seperti bantal dan tilam angin khas untuk luka baring (Ripple Mattress).
  3. Elak menggosokkan kulit dan bahagian luka dengan kuat semasa mandi dan pastikan permukaan luka sering bersih dan kering.
  4. Gunakan bantal untuk asingkan gosokan lutut dan pergelangan kaki.
  5. Berikan senaman ringan seperti gerakkan tangan dan kaki pesakit untuk aktifkan pengaliran darah.
  6. Dilarang merokok

 
Designed by Freepik


Jika anda mendapati pesakit mulai menunjukkan tanda tanda awal luka baring, ubahkan posisi badannya dan urut kawasan tersebut untuk mengaktifkan balik pengaliran darah. Kalau lukanya sudah pun muncul dan pesakit menunjukkan tanda tanda jangkitan demam dan keluaran cecair bernanah dan berbau busuk, hubungi seorang doctor atau ambulans dengan segera untuk dapatkan rawatan.

 
Designed by mrsiraphol / Freepik