|
Bahasa: EN | 中文 | BM |

Pertukaran Tayar-Tayar Kerusi Roda Baru


Tayar tayar mati pada kerusi roda biasanya mempunyai jangka hayat selama 1.5 sehingga 2 tahun dan akan tunjuk tanda haus dan lusuh. Kalau kerusi roda tidak diguna dan disimpan dalam stor, tayar masih akan berusia disebabkan oleh pengoksidaan yang boleh membuat tayar hilangkan fleksibilitinya.
 
Jika hanya sebelah satu tayar mulai merekah dan berpecah-pecah, anda dinasihati untuk menukarkan kedua dua belah pada masa yang sama supaya penjajaran kerusi roda tidak terjejas. Lagipun ia menjimatkan masa untuk tukar kedua dua sekali gus.

 


 

Sini di Neolee Rehab Supply, kami ada jual Tayar Tayar Mati baru untuk saiz 12, 16, 20, 22 and 24 inci.
 

Roda depan juga dijual secara sepasang dalam saiz 5, 6 and 8 inci, (pemegang roda depan tidak termasuk). Anda dinasihatkan supaya tidak menukarkan saiz roda depan secara sesuka hati sebab roda depan dipasangkan mengikuti reka bentuk badan kerusi roda. Menggunakan saiz lain akan menjadikan tinggi rendah bahagian depan kerusi roda tidak seimbang.
 

Sila hubungi kami melalui whatsapp dan hantarkan gambar kerusi roda anda jika tidak pasti saiz tayarnya sebelum datang ke kedai kami.

**Kebanyakkan tayar kerusi roda adalah universal jadi jenama kerusi roda tidak penting**

 

**Neolee Rehab Supply Sdn Bhd Tidak membuat servis modifikasi untuk kerusi roda**